Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Agak lama saya tidak berbicara dengan anda, ini kerana kesibukan kerja-kerja production yang sedang saya lengkapkan. Kali ini ingin saya berkongsi pengalaman dengan anda tentang perkembangan muzik Melayu ketika ini. Saya berbangga kerana ramai pemuzik, penyanyi, penulis lirik,penerbit dan pencipta lagu yang lahir dari kalangan anak-anak muda Melayu. Selain dari timbulnya melalui rancangan-rancangan reality yang lebih menggunakan "SMS" terdapat juga ramai yang hadir dalam persada industri muzik Melayu dari mereka yang benar-benar berbakat melalui peraduan nyanyian yang tidak memnggunakan SMS, lahirnya mereka oleh kerana bakat, usaha dan peluang yang mereka dapat melalui peraduan yang diadili oleh pengadil-pengadil profesional yang memang pakar dalam satu-satu bidang mengenai muzik.
Apa yang di khuatirkan ialah takut-takut mereka yang datangnya dari peraduan melalui pemilihan SMS ini akan melebihi dari yang diperlukan, akhirnya mereka hanya sebagai penyanyi setakat itu sahaja, bakat mereka akan terhenti dengan rasa kecewa akhirnya hanya tinggal dalam impian yang tidak kesampaian. Pihak TV dan radio station ruangnya terlalu terhad, dan agak susah untuk menampung sepenuhnya. Jadi pihak-pihak yang berkenaan cubalah fikir-fikirkan agar persada seni kita khususnya seni muzik dan seni suara yang sangat-sangat diminati oleh anak-anak muda ketika ini diberi ruang untuk mereka terus berkarya dan banyakkan rancangan-rancangan yang benar-benar menuju ke arah profesional. Hanya setakat ini untuk kali ini. InsyaAllah berjumpa lagi dalam Bicara Lagenda Aku Dia dan Lagu. terima kasih.
Hi Yusnor,
ReplyDeleteCongratulations on the inauguration of your new blog. I know it will be as successful as the blogger himself.
With your expertise on the Pop Yeh Yeh Malay music industry in the 60s and 70s, I am certain many readers and those interested in the history of Malay pops will find this blog informative, interesting and useful.
We must keep our heritage intact and alive by spreading the news to our youths and future generation.
Thank you for the box-set, 'Aku Dia Dan Lagu'. It will keep me glued to the CD player listening the the beautiful and very popular compositions by Yusnof Ef.
Until, the next time we meet again for Nasi Melayu and Teh Tarek at River Valley, do look after yourself...
Cheers.